Rumble Drone Soccer Competition 2024

Rumble Drone Soccer Competition merupakan acara julung kali yang dianjurkan oleh Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) merupakan satu sukan inovatif yang menggabungkan bola sepak tradisional dengan teknologi dron. Malahan sukan Drone Soccer ini telah dimasukkan ke dalam salah satu bentuk sukan hibrid di dalam Institut Sukan Negara Malaysia. Bagi negara seperti Eropah, Amerika, Jepun dan China telah mendedahkan kemahiran menggunakan dron kepada pelajar seawal usia 12 tahun untuk menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Sehubungan dengan itu, Puspanita JPPKK dan Unmanned Automated Solution Sdn. Bhd. dengan kerjasama Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Sains Malaysia sebagai pelopor dalam industri ini di Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menyediakan peralatan, penyelenggaraan, dan persediaan gelanggang secara sewaan bagi memberi ruang dan peluang kepada mereka yang baru mencuba permainan ini.

Objektif Rumble Drone Soccer Competition 2024

1. Meningkatkan kemahiran teknikal pelajar di dalam pengendalian,      pengaturcaraan dan pengendalian dron.
2. Meningkatkan softskill pelajar dari segi kerjasama, komunikasi,      penyelesaian masalah, membuat keputusan dan tahan lasak.
3. Memahami konsep STEM dalam bentuk teori dan praktikal.
4. Mendedahkan pelajar kepada peluang kerjaya baru melalui penggunaan      teknologi dron.
5. Mewujudkan komuniti yang berdaya saing dalam menguasai kepakaran dan      kemahiran secara kreatif dan inovatif.

Urusetia Rumble Drone Soccer Competition 2024

Pn Norasykin Binti Fazil
(Pengarah Program)
No. HP: 019-555 9457

En Mohd Amini bin Ahamad Sayuti
(JK Aktiviti Pertandingan)
No. HP: 019-936 7167

Pn Norizan binti Md Isa
(Bendahari)
No. HP: 012-447 0244

Soalan Lazim (FAQ)

Capaian pantas kepada maklumat umum seperti berikut:

Hubungi Kami

Sebarang masalah, sila hubungi kami melalui saluran yang berikut:

Alamat: Politeknik Tuanku Sultanah
    Bahiyah
    Kulim Hi-Tech Park, 09090, Kulim
    Kedah Darul Aman
Tel/Faks: 04-4033333 | 04-4033033